Monday, July 10, 2006

Hadith 59



Hadith 59 - Yaquulullahu ta’ala: Ana ‘inda Zanni ‘abdibi wa-ana ma-’ahu izha zhakarani fa-in zhakarani fi nafsihi zhakartuhu fi nafsi wa-in zhakarani fee mala-in zhakartuhu fee mala-in khairun minhum. Wa-in taqarraba ilayya syibra taqarrabath ilaihi zhira-’an wa-in taqarraba ilayya zharra-’a taqarrabtu ilaihi ba-’an wa-in a-tani yamsyi ataituhu harwalah (Rawahu Al-Bukhari wa Muslim)

Maksud Hadith - Firman Allah Ta'ala:"Aku berada pada i’tiqad hamba-hambaKu,dan Aku bersama mereka yang mengingatiku, bila mereka mengingatiku dalam diri mereka,Aku mengingati mereka dalam diriKU,jika mereka mengingatiKu di hadapan khalayak ramai, Aku mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia daripada itu (para malaikat, anbiya’ , awliya’), jika hambaKu mendekatiku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta, jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku mendekatinya sedepa, dan jika dia mendatangiKu secara berjalan, Aku datanginya secara berlari."

Hadith 58



Hadith 58 - Yaghfiru lilsyahidi kulla zhanbi-in illad-din (Rawahu Muslim)

Maksud Hadith - "Orang yang syahid adalah orang yang mati dalam peperangan kerana menegakkan agama Allah."

Hadith 57



Hadith 57 - Ya-u-mul qaumu aqra-uhum lilqur-an (Hadithun Sahih Rawahu Ahmad)


Maksud Hadith - "Orang yang paling patut (diutamakan) menjadi Imam dalam satu kaum adalah orang yang pandai membaca Al-Quran."

Hadith 56



Hadith 56 - Yassiru wala tu-'assiruu wayubasy-syiru wala tunaffiru (Rawahu Al-Bukhari wa Muslim)


Makna Hadith - "Senangkanlah (permudahkanlah) dan jangan susahkan dan berilah khabar gembira dan jangan berikan khabar buruk (buatkan orang lari daripadamu)."

Hadith 55



Hadith 55 - Lahaulawala quwwata illa billah dawa-un min tis-’atin wa tis-’in da-a aysaraha alhamu (Hadithu hasan Rawahu Ibni Abi Al-Duniya)


Maksud Hadith - “Tiada kekuatan melainkan dengan kuasa Allah” adalah penawar kepada 99 penyakit, yang paling kecil ialah penyakit rungsing/ risau( penyakit yang selalunya berkaitan dengan hati)."

Hadith 54



Hadith 54 - LaatuSaahibu illa mu’minan wala ya’kulu To’amaka illa taqi (Hadithu sahih Rawahu Ahmad)


Maksud Hadith - "Janganlah kamu itu berkawan kecuali dengan orang mukmin, dan janganlah kamu memberi makan kecuali pada orang yang bertaqwa."

Download audio syarah (hadith 54-59)

Hadith 53



Hadith 53 - La-akilun wa ana muttaki-un (Rawahul Bukhari)


Maksud Hadith - "Aku tidak memakan makanan dalam keadaan aku itu bersendeng (bersandar)."

Hadith 52



Hadith 52 - Wallazhi nafsi biyadihi laayu’minu ‘abdun hatta yuhibba li-akhi-hi ma yuhibbu linafsihi minal khair (Rawahu An-Nasa-i)

Maksud Hadith - "Demi nyawaku(diriku) di tangan Allah, tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia cintai dirinya untuk kebaikan."

Hadith 51



Hadith 51 - Halakal mutanat-Ti-’un (Rawahu Muslim)


Maksud Hadith - "Hancurlah orang-orang yang melakukan kekerasan bukan pada tempatnya (perbuatan mahupun perkataan)."

Hadith 50



Hadith 50 - Hal tarzuqu na wa tanSuruuna illa bidhu’afa-eekum (Rawahu Bukhari)


Maksud Hadith - "Tidakkah kamu mengetahui bahawa rezeki dan pertolongan yang Allah berikan pada kamu itu tidak lain kerana du’a dari orang-orang yang miskin."